pOsiTIVe!

Semoga CERIA selalu walopun terpakse..hihihi=p

Saturday, October 2, 2010

kenapa aqua????????????

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan pengalaman dan ilmu yang saya perolehi sepanjang 3 hari di Institut Perikanan Chendering, telah menambah semangat saya untuk terus memajukan industri perikanan di Malaysia terutamanya dalam bidang Akuakultur yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Pada kesempatan ini saya ingin mengemukakan sedikit ulasan, pandangan serta cadangan berkenaan aktiviti yang telah dilakukan dan industri perikanan negara.
Pada pandangan saya kerajaan Malaysia sangat perihatin terhadap industri perikanan. Hal ini demikian, dilihatkan dari segi aspek penyediaan dana untuk  industri ini amat besar hingga mencecah jutaan ringgit. Tetapi malang sekali apabila rakyat kurang prihatin terhadap industri ini serta faktor kurangnya ilmu pengetahuan terhadap industri ini. Institut Perikanan Malaysia  telah menyediakan pelbagai program percuma untuk masyarat tempatan. Kemudahan alatan atau tenologi serta bimbingan nasihat juga disediakan. Tidak terkecuali pihak swasta seperti bank, syarikat perniagaan dan pusat penyelidikan  juga banyak menyediakan kemudahan dan  pinjaman untuk industri ini. Semua usaha ini tidak berhasil meningkatkan industry perikanan disebabkan kurang diberi perhatian dan sambutan oleh rakyat Malaysia ditambah lagi dengan kurangnya pengetahuan tentang kepentingan industri perikanan Malaysia.
Majoriti makanan berunsur protein seperti produk perikanan adalah di import. Ini termasuklah produk, bahan dan alatan yang kami lakukan semasa amali di sini. Bayangkan berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk proses import tersebut.. Sangatlah merugikan jika kerajaan membelanjakan untuk tujuan ini setiap tahun kerana kita mempunyai kemudahan yang boleh dianggap baik untuk melakukan pemprosesan produk akuatik. Ditambah pula kerugian akibat daripada  kecuaian kita dalam menangani nelayan asing yang mencecah hamper 1 billion ringgit setahun. Amat jelas disini bahawa generasi muda negara harus bangkit daripada pemikiran kolot, dengan memandang positif  prihatin terhadap industri perikanan khususnya akuakultur yang melibatkan penghasilan produk perikanan tempatan.

Ibu bapa dan masyarakat tempatan harus mengikis sikap daripada memandang enteng terhadap bidang ini. Jika generasi terus di didik dan di tanam pemikiran untuk memilih kerjaya terkenal sepeti doctor, jurutera dan lain-lain, maka siapakah yang akan menjadi generasi yang dapat memajukan sector ini? Golongan pendidik  juga harus memberi galakan kepada pelajar terhadap kepentingan bidang perikanan. Usahawan berjaya boleh dibentuk dan ekonomi negara akan terus kukuh jika semua pihak menggembeleng tenaga dan idea  untuk membangunkan industri  perikanan negara dan ini bukanlah mustahil! Kita boleh berjaya seperti negara Jepun, China, Thailand dan Amerika Syarikat yang telah maju ke hadapan dalam sektor pemprosesan produk perikanan. Lihatlah contoh negara jiran, Indonesia walaupun tidak mempunyai kemudahan kewangan dan teknologi sehebat kita tetapi lebih kehadapan daripada negara kita dalam bidang perikanan.
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, kita semua harus usahakan ke atas segala sumber dan kemudahan yang ada. Pemikiran harus diubah untuk terus memastikan negara kita tidak menghadapi kerugian setiap tahun akibat daripada minda kita yang tertutup dengan memandang ringan masalah ini. Kita mampu menghasilkan produk perikanan seperti negara maju yang lain cuma perlu digiatkan lagi usaha oleh semua pihak. Keli salai boleh menjengah pasaran antarabangsa kerana ia merupakan produk inovasi kita sendiri serta sangat berpotensi. Tidak kurang juga produk seperti surimi, bebola dan kek ikan, nugget ikan, sosej ikan, kamaboko keju, dan ikan masin.